jump to navigation

Suka-suka September 28, 2006

Posted by bukhariramli in Pelangi, Personal.
3 comments

Setelah lama berkira-kira. Setelah lama memikir kan baik buruk. Setelah aku merayau-rayau di Ebay. Setelah lama aku mengintai-intai Samsung Z500. Dan setelah cubaan pertama aku dikecewa kan [kerna lupa membawa pasport]. Aku berjaya memiliki sebuah Motorola V3x.

Walau pun perjalanan pembelian aku dikelam-kabut dan ditidak best kan oleh beberapa konfrontasi senyap dan sebuah rajuk yang panjang [diikuti sesi marah-marah pada sebelah malam nya. di mana aku berlagak seperti sebuah tembok yang teguh]. Namun sebagai seorang bukhariramli yang selambe, aku tetap utuh menerus kan kegembiraan aku.

Nama je handset baru. Sebenar nya aku tak perlu keluar sesen pun. Cuma daftar untuk AUD$29 cap selama 24 bulan. Kira nya tiada kos tambahan. Selama ni pun aku top up AUD$30 sebulan [atau 2 bulan?]

Alhamdulillah…

Menanti Sebuah Jawaban September 22, 2006

Posted by bukhariramli in Pelangi, Personal.
2 comments

Nurulkamilah

Dia jarang-jarang hadir ke blog aku. Tapi setiap kali dia hadir, mesti aku tahu. Mesti akan dia khabar kan pada aku. Selalu nya aku yang suruh dia hadir ke blog aku thihi. Dia kawan lama. Kawan ketika aku suka. Kawan ketika aku sedih. Aku kawan dengan dia ketika dia suka. Aku kawan dengan dia ketika dia sedih. Dia kawan. Yang bukan sekadar kawan.

soalan pertama: nak tanye ape?

Tanya la apa pun [dia tak perlu tanya. dia boleh tanya terus. kata dia].

King Binjai

Aku jumpa dia [ke dia jumpa aku?] beberapa ketika dulu. Kemudian dia selalu-selalu ke blog aku. Dan aku selalu-selalu ke blog dia.

1. book, puasa balik malaya tak?

Tidak. Harap maklum. :P Kalau ada rezeki lain kali kita boleh jumpa.

Zakiah Zarina Zainuddin

Dia jumpa aku di frenster. Tika itu dia minta lagu Peter Pan. Dan kalau kau ingat, dia terlibat dalam sindiket meminta lagu bersama faisal tehrani dan cik daun di blog aku satu ketika dulu. Haha.

1. Mengapa perlu tanya soalan pada kau?

Saja. Haha. Kalau nak tau tanya la.

Raiedzall

Aku rasa dia yang jumpa aku. Lepas tu aku ke blog dia. Dan dia ke blog aku.

1. Antara Nazri Aziz & Mr. Bean, ape kah persamaannya?

Tiada persamaan. Mr Bean lebih bijak berbanding Nazri. Dan Mr Bean tidak pernah menyokong gagasan untuk membenar kan agama-agama lain mempersoal kan agama nya [kalau-kalau dia ada agama].

Zwitterion

Siapa ni? Haha..
1. kaki kau dah ok lum?

Belom. :( Bila la doktor nak jumpa aku ni?

Arianna

Dulu aku pernah menawar kan diri untuk memujuk blog d nya yang merajuk. Haha. Sampai sekarang blog nya masih merajuk. Kerna aku tak pujuk-pujuk lagi.

1. kenapa tag sy yg dulu2 tu belum dijwb?

Dah jawab la. Tengok kat sini.

Lan Rambai

Mamat ni baru aku kenal.

1. Kenapa ko dok kat negeri crocodile hunter tu?

Aku belajar kat sini. Sambil berhoya-hoya [sebab tu Ron selalu dengki kat aku].

2. Tahun bila ko akan start jadi PM kat Malaya ni?

Aku tak pernah menyimpan cita-cita menjadi PM. Kalau kau mahu calon kan, aku alu-alu kan. Pasti nya kau akan menjadi orang kaya segera, kalau termakbul.

3. Ko rasa-rasa ramai tak baca blog ko ni hehe?

[blog di blogspot] Bergantung kepada definisi ramai. Kalau bagi bloggerbriti, mesti tak ramai. Kan? Apa sangat kalau nak banding dengan blogger besar yang lain.

Rudy

Dia tidak comel. Kerna itu dia dengki dengan kecomelan aku. Haha. Jangan marah Rudy. Lain kali kita bergasak lagi.

1. soklan dari aku,jawab secara ikhlas ek,kalau ko ade 10 hengget adakah ko akan bagi kat aku 10 hengget itu?

Oleh kerna aku kaya. Duit banyak bersepah-sepah. Sudah tentu. Kalau kau minta aku beri.

Black Purple

Mamat Jawa ini sangat popular. Penuh ruang komen kat blog dia. Dan sangat-sangat berbangga dengan Jawa nya. Macam kawan aku yang seorang tu. Haha.

1. Book; anda tak berminat menjadi ‘Mat Cemerlang..?’

Mat Cemerlang? Apa itu?

Basri

El-co Presidente Geju. Yang selalu kena tahan nafas bila nak ambil gambar. Yang gelak nya selalu bersungguh-sungguh. Yang kali terakhir aku jumpa, belum lagi seorang Presiden.

1. Book, antara Serting, Bahau dan Jempol, Restoran Mahsan kau pernah masuk tak? hahaha

Pernah kot. Kat mana ek?

Aizu September 20, 2006

Posted by bukhariramli in Pelangi, Personal.
add a comment

Intan Baizura

Kenapa yang bertanya soalan yang banyak semua nya bernama Intan? Intan yang satu ini sangat baik kerna selalu menginfak kan makanan beliau ke perut aku. Jika ditakdir kan beliau tidak mahu lagi berbuat demikian, segala kebaikan beliau akan terhapus tanpa usul periksa.

1. kenapa pilih background putih ni? (kak suka yang biru dulu)

[background yang dimaksud kan ialah background blogspot aku]. Putih ni simple. Lagi pun dah penat dah. Sejak blog yang satu itu lahir. Hanya 2 kali beliau tidak berlangsir biru. Sekali hijau. Dan sekali lagi hitam. Justeru ini adalah satu usaha pembaharuan yang berterusan yang cuba diterap kan dalam blog yang satu itu.

2. berapa ramai menteri malaya yang kau pernah jumpe? (bukan jumpe dlm paper tau=p kak pernah jumpe 3 org jek)

Ni mesti sebab baru jumpa Rafidah Aziz hari tu ni. Ong Ka Ting. Isa Samad [bekas menteri WP]. Ada seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri [nama tak ingat]. Dan beberapa orang lagi yang tidak dapat direcall. Ada la lebih kurang 5-6 orang juga.

3. kalau kau di dalam kelab malam/disco (kalau jek, jgn pergi plak), kau jadik yang dok kat mana?

Nak jadi yang check check check it out tu. Boleh main lagu. Hurm. Tapi nanti mesti orang tak datang kelab malam aku. Sebab aku pasang lagu nasyid. Thihi <- ini ialah gelak Kak Sari Intan.

4. kau reti berenang tak?(kak reti!! yayyy)

Reti tapi tak yakin. Fobia juga kalau masuk air dan kaki tak mencecah dasar. Mesti teringat hal-hal dulu-dulu tu. Haha <- ini bukan gelak Kak Sari Intan.

5. dalam sehari, secara puratanya berapa kali kau hantar sms ( time ada kredit lah, kalau takde mmg la zero)?

Kalau di Malaya bergantung la. Lebih sedikit. Kalau di sini. 2-3 mesej sehari. Kot.

6. mana satu yang kau LEBIH suka, makan atau menyakat orang (sbb kak tau kau suka dua2=p)?

Soalan yang paling susah ni. Aku pernah berlapar. Hurm. Dan aku boleh menahan diri. So, aku pilih LEBIH suka untuk menyakat orang. Kepuasan menyakat orang hanya boleh dinikmati oleh orang yang nakal [dan comel, ya aku tahu] seperti aku.

7. kenapa KAK kene reply entri kau ni?

Kerna aku comel. Harap maklum.

Kak Aie September 20, 2006

Posted by bukhariramli in Pelangi, Personal.
1 comment so far

Cik Sari Intan Nordiana

Asal usul tag ini datang daripada beliau. Apa yang aku nak tulis pasal Kak Sari Intan ni? Walau pun aku tak kenal dia. Tapi rasa macam kenal [kau paham tak?]. Seorang blogger yang prolifik produktif rajin cargas dan cantik menarik tertarik kau memang da bomb [blog nya. orang nya akan saya sah kan kemudian].

1. saya kata buat bila dh sihat. awak dh sihat ke?

Saya assume akak tanya pasal batuk dan demam hari tu. Demam sudah kebah. Batuk? Hidup saya memang dipenuhi batuk. Setiap kali lepas makan, tekak akan gatal. Macam selalu-selalu [macam orang nya juga]. Jadi nya, definisi tidak sihat di sini ialah batuk yang berleluasa dan batuk bertahap projek mega. Dan seperti biasa selepas batuk yang hebat seperti itu hari. Vocal range saya akan cepat mengecil tanpa usul periksa.

Kalau akak tanya tentang sciatica [yang saya bising kan itu hari]. Saya masih menanti janji temu dengan pakar [ortopedik? saya hanya tahu Department of Diagnostic Medicine]. Dan rasa nya sakit itu makin.. hurm.. sakit.

2. siapa/bagaimana/bila/mengapa awak dinamakan mohd bukhari?

Ketika saya baru-baru lahir. Dan masih comel. Dan masih memakai codename Comel1 [kerna saya comel. dan kerna saya anak pertama]. Ayah saya bermimpi berjumpa seorang tua [kenapa kalau nak bagi nasihat ke ilham ke mesti orang tua?]. Orang tua tu menghasut ayah saya supaya menama kan saya Bukhari. Jadi ayah saya menama kan saya Mohd Bukhari.

3. secara relatif, jauh ke seremban dan serting? ngee..

Mula-mula saya fikir akak mahu menguji kemahiran Geografi saya [saya terer Geog. 92/100 ialah rekod terburuk saya dalam subjek itu]. Lepas mengupas lapis-lapis makna dalam pertanyaan itu. Saya mendapati soalan itu sangat tricky. Mungkin secara relatif nya tidak jauh kerna saya sanggup redah juga ke Seremban. Dan mungkin secara relatif nya jauh kerna saya tak sabar mahu sampai ke Seremban.

Terkeluar sedikit daripada konteks tersembunyi akak [yang gitu-gitu tu]. Saya melihat Seremban sebagai my second home town. Kerna saya banyak juga menghabis kan masa di sini semasa di sekolah menengah [dan masa-masa akan datang. haha]. Dan di Seremban juga lah tersadai nya sebahagian kawan-kawan rapat kamceng amat baik saya. Di Serting pun saya tak ramai kawan.

4. sila terangkan maksud perbuatan ironik.

Perbuatan ironik ialah sesuatu perbuatan yang berlaku bertentangan dengan apa yang kita jangka akan berlaku. Hal ini boleh menimbul kan kepelikan, kesedihan, kelucuan. Ironi selalu diguna kan as a form of humour. Dan saya selalu mengguna kan humor kategori ini.

5. apa pula perkara ironik awak penah buat?

Secara ironi nya, saya mendapat lebih ramai kawan baru dari Malaya sepanjang 7 bulan saya berada di sini berbanding mana-mana 7 bulan sewaktu saya berada di Malaya. Dan kawan-kawan yang baru saya temui ini pula berbagai-bagai ragam. Ada tukang masak hotel. Ada penulis buku. Ada artis nasyid. Ada pensyarah. Ada yang tengah cari kerja.

Dan. Kalau hits sultanmuzaffar mendadak-dadak naik ketika Akademi Fantasia. Secara ironi nya ketika AF lah saya cuba menghindari sultanmuzaffar secara bersungguh-sungguh.

6. bila nk dtg melben lagi?

InsyaAllah musim panas ini. Atau musim luruh tahun hadapan. Atau musim dingin tahun hadapan. Atau kesemua di atas!

7. err.. bila akan habis *pling*?

Sudah habis!

Sabtu ni kita kerja overtime!! September 13, 2006

Posted by bukhariramli in Sana Sini.
1 comment so far

Emel daripada Setiausaha MASCA SA:

To all Malaysians in Adelaide,

The MASCA SA committee and UMNO SA club will be hosting a ‘Family Day’ this coming weekend. This Family Day is held as a little Malaysian get-together, where we will have lots of games and fun in the sun! Details are as follows:
Date: 16th of September 2006(Sunday)
Venue: Glenelg Beach
Time: 10.00am til Evening
Menu: Nasi Lemak, Packet Drinks, Muffins and Sandwiches

There’ll be games and prizes to be won. Some of the games we’ll be having are:

-Beach soccer ( 5 per team , 5 mins per half maximum of 8 teams)
-Captain Ball ( 5 per team, 5 mins per half and also maximum of 8 teams)
….and lots more! So get your teams ready guys! And what’s more, it’s all for FREE!!

So people, bring your family and friends over and come join us in this very joyful event. Hope everyone of you can make it as this is an opportunity for Malaysians to get to know each other and mingle around in a very relaxed and peaceful ambience.

Regards,
Siti Shafinaaz Hanoum (Inaaz)
(Secretary)

Emel daripada Pengurus Program Kemas Mesejid:

Assalaamu’alaikum wa rahmatullah,

Thank you for registering for the “Adelaide Masjid Ramadhan Clean Up” organised by ‘Ayn Academy on Saturday, 16th September 2006.

The Clean Up will be starting at 10.00 am sharp, so please do try to be on time as it will be packed schedule and there are many things that need to be done. Jobs will be allocated to you on the day.

The “Adelaide Masjid Ramadhan Clean Up” will be followed by a free barbeque, so please do join us and bring a plate of food to share.

May Allah SWT reward you for your intention to assist in cleaning up the Masjid.

Wassalaam

Maisarah Abdul Aziz
Programs Manager

‘Ayn Academy
For Seekers of Beneficial Knowledge

1. Mula mula. Jom pi kemas mesejid. Sebelum pergi. Daftar dulu kat sini. Ajak kawan-kawan sekali. Suruh kawan-kawan bawak kawan-kawan diorang. Kawan-kawan diorang tu ajak diorang datang bawak kawan-kawan sekali [repeat till fade. dan ini lah cara aku ajak kau].

2. Lepas tu. Jom pi Malaysian Family Day anjuran MASCA SA dan UMNO SA. Boleh kenal-kenal dengan orang Malaya yang lain. Aku tak tau sama ada sengaja atau kebetulan. Tapi Sabtu ni juga, kalau kat Malaya berlangsung nya Hari Malaysia.

Saya yang tak turut perintah sesiapa [dalam hal ini],
book.mygj.net

PEMBETULAN: 16 September 2006 ialah Sabtuday. Bukan Sunday seperti yang tertera. Jangan marah aku. Marah Inaaz naa.. :D

ISSUA? MASCA? September 12, 2006

Posted by bukhariramli in Ilham, Pelangi, Ranting, Roda.
add a comment

Khamis

Aku tolong ISSUA [Islamic Student Society of Uni Of Adelaide] buat BBQ. Dalam usaha menjana kemasukan wang ringgit dollar ke dalam tabung. Walau pun aku bukan AJK ISSUA [tapi aku seorang yang berhati mulia. ya aku tahu]. Seronok. Bergelumang dengan sosej-sosej. Masuk tutorial Materials pun bau sosej melekat kat baju aku. Cet!

Kata nak buat BBQ. Tapi dah jadi macam hari kantin. Ada pai. Ada kek. Ada mee [mi?] goreng. Ada spageti. Entah apa lagi.

Review:

Secara keseluruhan nya OK. Cuma keadaan agak kelam kabut. Yang pertama komunikasi antara penganjur dan penjual yang tak teratur [aku rasa la]. Meja untuk menjual sarat dengan makanan. Tak tersusun.

In term of team dynamics, kumpulan [sukarela] ini bekerja dengan baik. Tetapi akan jadi lebih baik kalau ada orang yang lead. Waktu-waktu genting dan Presiden dan Vice takde sangat lah tak best. At least patut delegate tugas untuk memimpin pada sesiapa. At least akan ada orang untuk dirujuk.

Vice President juga telah menunjuk kan bakat bossy beliau dengan baik. Dan ini walau pun kadang kala rasa cam tak best [haha] tapi amat perlu untuk memasti kan team ni bergerak. Terima kasih diucap kan kepada semua. Peace!

———- ———- ———-
Ahad

Aku ke meeting MASCA [Malaysian Student Council kot. haha]. Dapat la jumpa orang Malaysia yang berbagai-bagai bangsa kat sini. Aku nampak yang semua individu dalam committee ni boleh bekerja

To NCG or not to NCG?

National COnference and Games. National event untuk MASCA. Sekarang ni patut tak patut kalau MASCA SA nak bid untuk jadi tuan rumah for the next NCG?

Aku:Patut. Aku tak tahu sejarah MASCA. Dan aku sangat-sangat tak tahu kenapa. Tapi aku melihat ini sebagai rebirth of MASCA. Perlu kan NCG untuk bukti kan MASCA SA is something that you cant ignore [wahaha]. Yang kedua. Ini ada lah peluang terbaik untuk mengheret UMNO SA dan MISSA ke dalam aktiviti bersama MASCA. NCG adalah mimpi ngeri logistik kalau tak diurus dengan baik [standard la national event]. So, koloborasi dengan UMNO SA dan MISSA boleh mengurang kan beban MASCA dan secara tak langsung ketiga-tiga organisasi ni boleh bergabung tenaga. Yang ketiga. Dari segi team MASCA sendiri. Aku rasa team ni sangat layak untuk menganjur kan MASCA. I mean kalau the president and the other executive committee boleh lead [motivate and put the desire dalam semua AJK] this NCG is not a problem.

Lepas tu kami berBBQ [lagi?]. Dan ya. Baju aku bau sosej dan ayam lagi.

Walau pun penat. Tapi hari ni bukan aku yang biasa. Aku pulang sebagai Head of IT Divison of MASCA SA [dan aku perlu start belajar buat website. deng!].

AGM? September 3, 2006

Posted by bukhariramli in Pelangi, Roda.
add a comment

Sabtu

Aku ke miting/AGM MASCA. Walau pun takde sesiapa ajak aku. Aku memang nak pergi. Saja nak bergaul dengan orang lain. Sebelum ni ada event MISSA. Ada event UMNO. Sama. Dua-dua Melayu. Dua-dua Islam [walau pun kau boleh melihat betapa berbeza nya populasi kedua-dua organisasi ni. macam takde persamaan langsung]. Jadi, aku nak berjumpa pula dengan orang Malaya. Yang bukan Melayu. Yang Cina. Yang India. Yang tak dapat dikenal pasti bangsa nya itu.

Dan aku sangat-sangat suka kalau ketiga-tiga organisasi ini bergabung tenaga. Untuk buat satu aktiviti. Setahun sekali. Atau satu semester sekali.

Tapi. Yang menjadi masalah nya. Kalau orang sana tak support yang sini. Yang sini tak support yang sana. Berpuak-puak? Entah!

Aku ke akikah kat rumah Abang Nazif juga. Makan lagi. Tersalah naik bas masa nak balik. Tak pasal-pasal terpergi Royal Adelaide Showground. Cantik la juga. Macam-macam hal. Dah le salah naik bas. Tiket bas hilang pulak.

Penat memang penat. Tapi aku hari ni bukan aku yang biasa. Aku balik sebagai seorang AJK MASCA. wahaha.